Wednesday, January 27, 2010

Pertemuan - 27 Jan

Awal2 pagi sudah bangkit macam biasa, khataman dan zikir…..sesudah itu jiran2 di PP Suryalaya menjemput makan pagi….semua rumah2 didalam PP Suryalaya menyediakan makan pagi…Jadi aku, Fuad dan Abang pun pergi lah makan pagi….sesudah itu aku dan Ferdous ikut Pak Harto (Wakil Talqin Kalimantan) untuk ikut naik ke mimbar masjid. Orang luar Indonesia dikhaskan di suatu tempat khusus bersebelahan mimbar masjid duduk bersama2 wakil2 talqin cuma ada satu tingkat di tempat lain…. suasana sangat hebat…masa nak naik ke mimbar…bersalaman dengan hadirin di kaki lima masjid dan sampai di mimbar bersalaman dengan wakil talqin dari seluruh dunia….pening2 kejap kena “current” depa ni…

Majlis dimulai dengan doa..kemudia ucapan2 dan pengumuman ahli2 jemaah. Kemudian bacaan tilawah al quran dan disusuli dengan tazkirah dari wakil talqin. Kemudian baru dimulakan dengan pembacaan manaqib dan diakhiri dengan doa…

Suasana di mimbar ketika majlis manaqib

Habis jer majlis…semua berpusu2 g salam dengan wakil2 talqin “charge current” skik..pastu semua berpusu2 jumpa abah kat rumah abah…dekat2 zohor…semua khemah2 dah clear…lengang..sekejap jer dah clear…walhal sebelum tu penuh dengan manusia dan gerai2 jualan macam2…

Bersalaman dengan wakil talqin selepas majlis

Solat dhuha selepas majlis

Berpusu-pusu ketemu sama pengersa Abah

Habis sampai pukul 11..rehat2 dan pukul 12 solat zohor…kemudian sambung ziarah maqam abah sepuh (abah kepada abah anom) bersama pak harto (wakil talqin Kalimantan) dan bergambar sikit kat atas tu…untuk ziarah maqam abah sepuh diwajibkan datang bersama wakil talqin…tak dapat masuk sampai dalam…dok tang luar jer..takperlah….takdo rejeki la tu….lepas tu balik rumah rehat2…petang solat asar dan rehat lagi, lepas asar…g makan satay kat kedai depan…makan satay dengan nasi….ada yang g ngurut dengan orang situ..si Ferdous la..ngurut dengan Pak Mat....mahar Rp 100 ribu aja satu badan..2x ngurut..

Masa makan kat kedai satay..dok sembang juga pasal kerohanian…aduhhh..malu aku kena tegoq dengan Abang…dalam melawok tu..banyak juga buah2 tangan kosong..kena la sedas dua das…kahkahkahkah…Habis makan….pi solat maghrib kat rumah Pengersa Abah dan ada majlis Haul untuk ahli keluarga Abah dan orang2 malaysia, brunei dan Singapore..habis isyak g ngopi….dan sembang2 dengan jemaah Surabaya…macam2 cerita dari jemaah Surabaya…mati hidup balik ler…masa jadi pendek ler…perjalanan jadi pendek ler….orang yang isim belajar ilmu tak betul la…banyak belajar dari diorang….

Kedai satay

No comments:

Post a Comment