Habis solat subuh macam biasa zikir dan khataman…kemudian ke rumah abah untuk salam pamit ke abah anom kemudian bersarapan pagi….dan sesi bergambar dan “hujan2” dipagi hari. Habis selepas kami pun bersiap untuk ke Cirebon dengan sewa Suzuki APV untuk ziarah maqam Sunan Gunung Jati dan maqam Syaikh Thalha (Syaikh thalha adalah guru abah sepuh…sanad kedua TQN selepas Syaikh Ahmad Khatib Syambas). Perjalanan ke Cirebon dalam 4 jam, menempuh jalan gunung..memang sangat cantik pemandangan disana, gunung ganang tinggi2, sawah padi bertingkat2 dan melihat penduduk2 disana sedang bekerja dan berusaha bergotong royong dalam pengusahaan tanaman dan industry kecil. Jalan sana taklah sebaik jalan sini…takpayah la naik keta mahal2 kat sana..kalau dok Bandar takperler…
Sampai di kawasan maqam SGJ, kami minum dulu kat kedai bawah…masa minum2 tu ler ramai yang hadir..kanjeng2 sunan dan abah sendiri…kemudian terus naik keatas maqam. Kami bertahlil sebentar dan pusing2 dikawasan sana. Orang2 biasa memang tak boleh masuk kedalam maqam, kami Cuma dok diluar jer. Disana, memang banyak budak peminta sedekah..dekat berpuluh2…jangan start bagi duit..kalau nak bagi..bagi masa balik..kalau idak jadi macam gula dikerumuni semut….
Sesudah itu, kami solat zohor di masjid syaikh thalha. Masa solat tu ler ada suatu yang special…MasyaAllah, rezki ikut orang2 soleh ni….macam biasa Abang “angkat” kami masa solat dan masa tu la juga syaikh hadir…habis solat kemudian makan tgh hari di pekan Cirebon. Kemudian kami sambung perjalanan kami ke Maqam Syaikh Thalha dan bertahlil disana.
Habis jer urusan kami terus bertolak ke Bandung, ambil masa dalam 4-5 jam…dalam perjalanan hujan agak lebat namun masih dapat menikmati pemandangan yang indah2. Sampai di Bandung dalam 10 malam dan menetap di rumah Ibu Agung….
No comments:
Post a Comment