Habis jer urusan kami terus bertolak ke Bandung, ambil masa dalam 4-5 jam…dalam perjalanan hujan agak lebat namun masih dapat menikmati pemandangan yang indah2. Sampai di Bandung dalam 10 malam dan menetap di rumah Ibu Agung….
Thursday, January 28, 2010
Pertemuan - 28 Jan
Habis jer urusan kami terus bertolak ke Bandung, ambil masa dalam 4-5 jam…dalam perjalanan hujan agak lebat namun masih dapat menikmati pemandangan yang indah2. Sampai di Bandung dalam 10 malam dan menetap di rumah Ibu Agung….
Wednesday, January 27, 2010
Pertemuan - 27 Jan
Majlis dimulai dengan doa..kemudia ucapan2 dan pengumuman ahli2 jemaah. Kemudian bacaan tilawah al quran dan disusuli dengan tazkirah dari wakil talqin. Kemudian baru dimulakan dengan pembacaan manaqib dan diakhiri dengan doa…
Habis jer majlis…semua berpusu2 g salam dengan wakil2 talqin “charge current” skik..pastu semua berpusu2 jumpa abah kat rumah abah…dekat2 zohor…semua khemah2 dah clear…lengang..sekejap jer dah clear…walhal sebelum tu penuh dengan manusia dan gerai2 jualan macam2…
Bersalaman dengan wakil talqin selepas majlis
Solat dhuha selepas majlis
Berpusu-pusu ketemu sama pengersa Abah
Habis sampai pukul 11..rehat2 dan pukul 12 solat zohor…kemudian sambung ziarah maqam abah sepuh (abah kepada abah anom) bersama pak harto (wakil talqin Kalimantan) dan bergambar sikit kat atas tu…untuk ziarah maqam abah sepuh diwajibkan datang bersama wakil talqin…tak dapat masuk sampai dalam…dok tang luar jer..takperlah….takdo rejeki la tu….lepas tu balik rumah rehat2…petang solat asar dan rehat lagi, lepas asar…g makan satay kat kedai depan…makan satay dengan nasi….ada yang g ngurut dengan orang situ..si Ferdous la..ngurut dengan Pak Mat....mahar Rp 100 ribu aja satu badan..2x ngurut..
Masa makan kat kedai satay..dok sembang juga pasal kerohanian…aduhhh..malu aku kena tegoq dengan Abang…dalam melawok tu..banyak juga buah2 tangan kosong..kena la sedas dua das…kahkahkahkah…Habis makan….pi solat maghrib kat rumah Pengersa Abah dan ada majlis Haul untuk ahli keluarga Abah dan orang2 malaysia, brunei dan Singapore..habis isyak g ngopi….dan sembang2 dengan jemaah Surabaya…macam2 cerita dari jemaah Surabaya…mati hidup balik ler…masa jadi pendek ler…perjalanan jadi pendek ler….orang yang isim belajar ilmu tak betul la…banyak belajar dari diorang….
Kedai satay
Tuesday, January 26, 2010
Pertemuan - 26 Jan
Petang pulak sewa van Suzuki APV dan berjalan sekitar pekan tasik Malaya…hebat..banyak barang2 kraftangan dll….boleh tahan ler…biaya sewa Van dalam 200 ribu..Balik jer agak lewat dan kelihatan PP Suryalaya dah penuh dengan orang…sangat2 ramai…pintu depan penuh dengan khemah2 jualan..macam pesta keramaian..jual baju, jubah dll, kitab2, barang2 macam2, makanan macam2 ada…berserakan orang tidoq atas lantai luar masjid dan dalam masjid…ada juga yang tak tidor sampai subuh.
Sedang menunggu kereta sewa Suzuki APV
Macam biasa, lepas solat isyak..kami keluar kejap ke kedai pak agus dan ngopi….hehehehe