Alkisah beri nama anak ni…
Mula mula sebelum lahir wife aku nak beri nama Muhammad Imran…so aku diamkan aja walaupun aku rasa tak serasi….lagi pun nama I’mran itu juga nama yang baik, nama keluarga I’mran seperti yang disebut dalam Al-Quran.
Bila lahir…still takde nama…baby plak asyik2 nangis sahaja…dalam benak hati aku…”nama tak beri lagi ni…Ya Allah berilah aku ilham nama apa yang sesuai”…dalam tak semena-mena arwah ibu aku panggil nama Zulqarnain kat anak aku ni…aku rasa OK….namun aku tetap buat istikharah..dan dalam renungan aku..dapat nama Abdul Aziz….
Aku ngadu kat sahabat aku nak buat camne dah ada 3 nama…so dia advise suruh musyawarah tambahan pula ketiga2 nama tersebut melambangkan kepimpinan (Abdul Aziz = HambaNya Yang Perkasa/Pemerintah, I’mran = Amir, Zulqarnan = Raja)…Untuk mengelakkan konflik..aku, arwah ibu aku dan bini aku pun musyawarah dan minta kata sepakat seperti yang dinasihatkan oleh sahabat aku….alhamdulillah wife aku kata tak kisah asalkan nama tu baik…disebabkan arwah ibu aku dah panggi zulqarnain tambahan arwah juga ada sambut baby dan belah mulut baby masa kat PRK Kuantan tu dengan asam, garam, air zam zam dan kurma…jadi…semua setuju untuk letak nama Abdul Aziz Zulqarnain…lepas semua setuju..Alhamdulillah anak tersebut berhenti menangis..syukur….anak-anak kita adalah anak yang akan tempuh Akhir zaman…aku dan generasi aku sekarang adalah orang tua masa tu..aku berharap mereka ini akan menjadi penegak Islam masa tu..mudah mudahan maqbul….
No comments:
Post a Comment