Thursday, April 29, 2010

Beri Nama Anak

Alkisah beri nama anak ni…

Mula mula sebelum lahir wife aku nak beri nama Muhammad Imran…so aku diamkan aja walaupun aku rasa tak serasi….lagi pun nama I’mran itu juga nama yang baik, nama keluarga I’mran seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Bila lahir…still takde nama…baby plak asyik2 nangis sahaja…dalam benak hati aku…”nama tak beri lagi ni…Ya Allah berilah aku ilham nama apa yang sesuai”…dalam tak semena-mena arwah ibu aku panggil nama Zulqarnain kat anak aku ni…aku rasa OK….namun aku tetap buat istikharah..dan dalam renungan aku..dapat nama Abdul Aziz….

Aku ngadu kat sahabat aku nak buat camne dah ada 3 nama…so dia advise suruh musyawarah tambahan pula ketiga2 nama tersebut melambangkan kepimpinan (Abdul Aziz = HambaNya Yang Perkasa/Pemerintah, I’mran = Amir, Zulqarnan = Raja)…Untuk mengelakkan konflik..aku, arwah ibu aku dan bini aku pun musyawarah dan minta kata sepakat seperti yang dinasihatkan oleh sahabat aku….alhamdulillah wife aku kata tak kisah asalkan nama tu baik…disebabkan arwah ibu aku dah panggi zulqarnain tambahan arwah juga ada sambut baby dan belah mulut baby masa kat PRK Kuantan tu dengan asam, garam, air zam zam dan kurma…jadi…semua setuju untuk letak nama Abdul Aziz Zulqarnain…lepas semua setuju..Alhamdulillah anak tersebut berhenti menangis..syukur….anak-anak kita adalah anak yang akan tempuh Akhir zaman…aku dan generasi aku sekarang adalah orang tua masa tu..aku berharap mereka ini akan menjadi penegak Islam masa tu..mudah mudahan maqbul….

Wednesday, April 28, 2010

Sakit Kuning

Memang tiap-tiap baby yang lahir mesti ada masalah kuning..doktor kata almost 9 out of 10 mesti ada masalah kuning dan tak terkecualilah anak aku sekali.

Apa pun mula-mula aku tak ambil kisah sangat but nurse dah sound berkali-kali so aku start amik hal ni seriously. So, aku start dengan beli herba cina kat kedai sensei cina kat paka….dia bagi aku 3 jenis herba sebanyak 7 bungkusan…maknanya kena mandikan selama 7 harilah…ok fine…aku pun continuelah buat selama 7 hari…dalam pada tu aku beli ubat homoepati kat dungun, kebetulan pak mertua aku nak beli tiket kat Dungun so aku singgah Dungun dan beli kat situ. Masa anak aku yang 1st dulu (Muaz) bagi tu jer..alhamdulillah OK…

Malam-malam aku online FB dan nampak sahabat aku a.k.a one of my sifu ni online, so aku citer kat dia hal ni dan minta nasihat apa yang sepatutnya aku boleh buat. Dia advise aku jemur di mentari pagi which is apa yang orang-orang tua pernah buat dulu. Alamak, camne la ku boleh lupa hal ni…tapi dia ada share la bagaimana cara jemur yang sepatutnya agar ianya lebih mujarab…Alhamdulillah..

InsyaAllah dah takde masalah kuning..mata pun dah putih dan body sekali..cumanya bila nurse cek baru ni dia suruh formalized lah gi cek sekali lagi kat klinik. Anyhow…lesson learn camne nak prevent masalah kuning ni jadi critical…???based on my experience antara petua2 orang tua yang pernah deme share dengan aku...

1. Kasik ubat homeopati...insyaAllah dengan izin Allah...umur 2 hari terus jer bagi...atau ibu mengandung tu start terus makan ubat homeopati masa mengandung
2. Mandi herba, boleh tengok2 kat kedai sensei...ada ramuan khusus 7 hari...
3. Sapu dengan daun dukung anak..airnya..atau mandikan...
4. Yang biasa orang buat...jemor dibawah mentari baru naik....umor 2 hari terus jer buat...baby zaman sekarang ni...memang kena kuning jer selalu....ada petua orang jemor ni...tapi kena tanya orang2 lama...jangan mentari dah panas...sekarang ni ozon layer dah nipis..banyak UV...kang jadi citer lain
5. Bagi susu badan selalu supaya dia berak dan kencing kerap....jangan kasik isteri makan makanan panas2/berlada lagi, ada kesan juga pada baby...
6. Masa tidor...pasang ler lampu supaya baby kena cahaya...
7. Yang biasa nurse pesan...kejut2 baby setiap 1 jam, kasi dia aktif dan kerapkan minum susu badan...baby kena jaundis ni memang suka tido...
8. Masa isteri mengandung, amalkan minum susu kambing....
9. Untuk nambah susu...orang kata isteri kena rajin makan sawi....

Petua, petua juga...cek doktor jangan lupa....perubatan moden pun ada hikmahnya....

itu ler sedikit sebanyak..usaha, usaha juga...namun DOA tetap kena hadap..mudah mudahan...insyaAllah....

Monday, April 26, 2010

Kelahiran Cahaya Baru

Alhamdulillah isteriku selamat melahirkan bayi lelaki pada 26hb April 2010 jam 9.30 malam di PRK Kuantan. Kelahiran ini disambut dengan zikrullah dan takbir dan ditemani oleh arwah ibuku yang turut menyambut kelahiran anak ku yang ke-3 ini.


Ini adalah pengalaman pertamaku bersama isteriku didalam bilik bersalin. Anak pertama (Muhammad Muaz) caesarian tak dapek masuk bilik, anak ke-2 (Nurul Husna) aku outstation kat Melaka.

Kelahiran ini memang sibuk sikit. Rumah pun dalam proses nak siap. Hari Ahad (18hb) sampai Rabu (21hb) keje membasuh rumah, pindah2 barang dan kemas2 barang. Memang aku buat sorang ler, bini tengah sarat..kang kalau bini buat sekali tak pasal2 jadi hal lain.

Hari Khamis petang (22hb) kami balik perak jemput arwah ibu dan abah datang Terengganu nak sambut cucu baru..bersemangat depa...hari Jumaat tu jugak terus balik Terengganu. Tak sampai 2 hari...hari Sabtu (24hb) bini aku dah sakit2...kaki dah membengkak dan perut dah mula jatuh kebawah...standbyy ler....

Isnin (26hb) tgh hari wife aku dah sakit sangat...so petang aku tak masuk opis dan bawa bini cek kat Klinik Kesihatan...Nurse kata dan lagi g kuantan ni...so...aku bergegas ke Kuantan. Barang2 apah pun takdak beli lagi...GL pun tak buat lagi...adoi haii....Arwah ibu ikut sekali...ceria jer dia...dan kuat pulak naik tangga hospital tu.

Pusat Rawatan Keluarga Al Farabi Kuantan (MUIP)

Dah daftar dalam 5.30 ptg..wife aku start sakit jam 7.30 petang...so aku stay la dalam labor room sampai selamat melahirkan anak jam 9.30 malam....Fuad dok kata..sabaq...dan insyaAllah 9.30 keluaq la tu...aku kuatkan khafi....dan aku dah sedia "hadiah" untuk anak ini....

Struggle juga bini aku..kesian plak tgk...apa pun syukur..keluar jer...Nurse terus mandikan..dan aku dah ready dengan wuduk dan azankan...dan aku titipkan "hadiah" yang aku dah prepara petang tadi..Alhamdulillah...lepas tu arwah ibu pangku baby dengan ceria dan belah mulut baby dengan air zam zam, garam, asam dan kurma....

Esoknya...discharge...semua berjalan lancar...Alhamdulillah....